Wednesday, February 10, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
sahabat/biah sekalian ketahuilah kita hamba Allah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa, kita bukanlah nabi mahupun Rasul yang maksum, terjaga daripada melakukan dosa. ketahuilah untuk menjadi hamba yang taat bukanlah sedikit pengorbanan yang perlu di buat, bukan sedikit keringat yang perlu dicurahkan. tapi dari semua itu menjadi mahar kpd cinta Allah. lebih-lebih lagi seorang da'e, untuk menjadi seorang da'e bukanlah dengan hanya fasih dalam menuturkan suatu perkara mahupun tajuk yang ingin disampaikan.

Andai inilah yang dipentingkan oleh seorang da'e, bersedialah untuk mencapai kegagalan dalam berda'wah. Apa yang penting sekali dalam berda'wah adalah bersangka baik dan bermuhasabah diri dengan merenung akan kelemahan diri. inilah yg perlu ada pada seorang da'e. apabila kita bertemu mahupun melihat seseorang yang buruk akan kelakuannya, jangan dihukum atau memikirkan akan sikapnya itu, tapi kembali muhasabah pada diri. kerana kita tidak tahu akan isi hatinya

syeikh abdul kadir al-jailani pernah berkata:

sekiranya kamu melihat seseorang, lihatlah kebaikannya lalu kantakanlah: semoga Allah menjadikan kebaikan dsisi-Nya, dan mengangkat darjatnya lebih tinggi dariku.

sekiranya kamu melihat orang yang lebih muda darimu, maka katakanlah: dia masih belum lagi mendehaka kepada Allah, sedangkan aku sudah menderhaka kaepada Allah. tidak ragu lagi dia lebih baik dariku.

sekiranya kamu melihat orang yang lebih tua darimu, maka katakanlah: dia terlebih dahulu mengabdikan diri kepada Allah dan terlebih dahulu menghambakan diri kepada Allah.

sekiranya kamu melihat orang yang 'Alim, maka katakanlah: dia dikurniakan apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.

sekiranya kamu melihat orang yang jahil, maka katakanlah: dia menderhaka kepada Allah dalam keadaan jahil, sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui. dan aku tidak tahu kesudahanku dan kesudahannya.

sekiranya kamu melihat seorang yang kafir, maka katakanlah: aku tidak tahu mungkin akhirnya dia menjadi Islam dan mati dalam keadaan husnul khatimah, dan mungkin pula aku kafir dan mati dalam keadaan suul khatimah.

oleh itu, amat pentiglah bersangka baik dan muhasabah dalam diri seorang da'e untuk meningkatkan kualiti dalam diri.
Tingginya tarbiyah andai teguhnya muhasabah, tidak akan mudah kalah seorang da'e kepada ujian andai muhasabah menjadi pakaian. Baginya seorang da'e cukuplah Allah sebagai pemandu hati nan kerdil.

Biarlah lisanmu kaku kerana hinaan manusia, jangan hatimu kaku kerna sikapnya manusia, contohilah peribadi kekasih Allah RasululLah s.a.w, biar dicerca dan dihina tidak pula hadir dalam hati rasa dendam mahupun sangkaan buruk. cukuplah sampi disini perkongsian ana buat masa ini, andai ada kesilapan dalam perkongsian ana ini harap dimaafkan.

akhir kalam, kepada sahabat/biah sekalian, teruskanlah dalam usaha agama, yakinlah kepada Allah, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dan paling utama sekali Ingat Allah selalu. bukan mahu memberi ceramah kepada antum yang tinggi ilmunya dari ana yang cetek ilmunya tapi hanya sekadar saling ingat-mengingati, tanggungjawab sesama muslim.

No comments:

Post a Comment